Aura Rezeki - Garam Bukit Himalaya No. 1 di Malaysia.

Aura Rezeki - Garam Bukit Himalaya No. 1 di Malaysia.

Tuesday 16 May 2017

APAKAH AURA DAN KENAPA PENTINGNYA MENJAGA AURA KITA?

Tentang Aura.


Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya.

Bagi manusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu itu.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif disekeliling termasuklah sinaran UV berlebihan, sinar inframerah yang berlebihan, radiasi dari telefon bimbit, televisyen, komputer dan lain-lain.

Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor tekanan hidup atau stress adalah salah satu penyumbang ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.

Bagi memperoleh keharmonian dalam kehidupan, salah satunya adalah menjaga perisai atau aura semula jadi kita ini dengan baik.


........................

Aura Bocor dan Bagaimana Cara Membaik Pulih Aura.


Aura itu pakaian metafizik, pakaian sifatnya melindungi tubuh. Aura laksana Aurat kita. Mengenalinya umpama mengetahui bentuk pakaian yang kita ada dan pergayakan.

Pakaian yang bersih dan suci membawa dan menarik lebih banyak kebaikan dalam hidup. Namun pakaian harus dijaga. Jika tidak dijaga, kelak kotor juga dan menarik kuman, penyakit virus dan sebagainya ke dalam hidup.

Stress, murung, marah, sedih, berfikir negatif, suka berkata buruk, berprasangka buruk juga adalah sikap kita yang kita tidak sedari boleh membocorkan aura.

Sedar tak apabila kita di dalam keadaan negatif seperti yang dinyatakan tadi, perlahan-lahan akan mula terasa rezeki menjadi semakin sempit. Apalagi jika diri juga leka dan lalai dalam menjalankan perintah Allah. Jiwa terasa semakin jauh dan kosong.



Jadi, bagaimana cara baikpulih Aura?

1. Perbetulkan kembali niat. Niat untuk dapat keredhaan Allah.
2. Baiki amalan dan buat amalan sunat mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
3. Mandi garam bukit atau mandi bunga untuk mengekalkan tenaga positif.
4.  Sentiasa berzikir.
5. Istiqamah.


........................

Kenapa Kena Mandi Garam dan Bunga?


Garam Aura Rezeki adalah garam bukit himalaya yang telah diadun dengan aroma mawar. Seperti diketahui umum, garam bukit dan bunga mawar mempunyai tenaga aura yang tersendiri.

Garam bukit mempunyai cas positif yang sangat tinggi dan mampu membuang unsur-unsur negatif yang ada. Garam bukit juga mempunyai 84 jenis mineral semulajadi yang sesuai dengan tubuh badan manusia. Seterusnya ia memberi tenaga, membantu membaiki sel badan dan juga boleh mencantikkan kulit.

Bunga mawar pula yang kaya dengan Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 mampu membaikpulih sistem badan dan memberi tenaga kepada badan seterusnya boleh menampal aura bocor. Aroma mawar telah sekian lama menjadi terapi minda untuk mengatasi stress. Kerana itulah bunga mawar sering dijadikan hiasan di dalam rumah.

Dari segi saintifik, garam bukit dan bunga mawar boleh membaiki aura bocor dan membesarkan aura anda. Amalkan sahaja mandian Garam Aura Rezeki, Insya Allah anda akan dapat merasai gelombang perubahan diri yang Luar Biasa! Aamiin



Suhida +6012-3019694
(Klik no whatsapp untuk direct whatsapp)

*sumber : Aura Personaliti Warna (Mir Hazil Azran Ramli) dan FB : Dr Mir Hazil Azran Ramli